TEORI PEM

KEMAHIRAN BERFIKIR

BELAJAR CARA BELAJAR








Apakah Konstruktivisme ?

“ konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar.  Kebanyakan  penyelidik berpendapat setiap individu memebina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain”
( McBrien & Brandt 1997)

            “ Murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud”
( Briner, M 1999)

Ciri-ciri pembelajaran secara konstruktivisme

          Menggalakkan murid bertanya dan berdailog dengan murid dan guru
          Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil pembelajaran
          Menyokong pembelajaran secara koperatif
          Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid
          Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan penglibatan murid dengna situasi dunia sebenar
          Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen
          Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea
          Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid
          Menggalakkan soalan /idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya merancang pengajaran


Kelebihan pembelajaran secara konstruktisme kepada murid

          lebih berfikir
          lebih faham
          lebih ingat
          lebih yakin
          lebih berkemahiran sosial
          lebih seronok





Teori Kecerdasan Pelbagai
Definisi Teori Kecerdasan Pelbagai
Tambah kapsyen
Howard Gardner mendefinisikan
Teori Kecerdasan Pelbagai seperti berikut:


        "An intelligences entails the ability to solve problems or fashion product that are of consequence in a particular cultural setting. The problem-solving skill allows one approach a situation in which a goal is to be obtained and to locate the appropriate route to that goal. The creation of a cultural project is crucial to capturing transmitting knowledge or expressing one's view or feelings. The problems to be solved range from creating and end to a story to anticipating a mating move in chess to repairing a quilt. Products range from scientific theories to musical composition to successful political campaigns."
(Dalam David G. Lazear, 1991 : xi)

Rumusan Definisi Teori Kecerdasan Pelbagai
1     Satu set kemahiran yang membolehkan individu menyelesaikan masalah sebenar yang dihadapi dalam kehidupannya.
2     Kebolehan mencipta barangan atau perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan budayanya.
3     Potensi mencari atau mencipta masalah yang membolehkan individu memperolehi
pengetahuan baru.
Tanggapan salah berkenaan kecerdasan

1.        Kecerdasan adalah tetap.
2.       Setiap individu mempunyai hanya satu jenis kecerdasan sahaja.

Fakta sebenar mengenai kecerdasan
1.     Kecerdasan boleh dipelajari dan sentiasa berubah sepanjang hayat.
2.     Setiap individu mempunyai sekurang-kurangya lapan jenis kecerdasan kerana otak  manusia adalah unik sebagaimana uniknya garis-garis urat pada ibu jari manusia.



Prinsip-Prinsip Teori Kecerdasan Pelbagai
1.   Terdapat pelbagai kecerdasan dalam diri setiap individu
2.     Setiap individu mempunyai adunan kecerdasan yang unik dan sentiasa berubah
3.      Kecerdasan dalam diri setiap individu dan juga di antara individu itu adalah berbeza dari  segi perkembangannya
4.     Semua kecerdasan adalah bersifat dinamik
5.     Kecerdasan Pelbagai boleh dikenal pasti dan dinyatakan
6.      Setiap individu berhak mendapat peluang untuk mengenal dan membangunkan kepelbagaian kecerdasannya
7.      Penggunaan satu daripada kecerdasan boleh digunakan untuk meningkatkan kecerdasan yang lain
8.     Latar belakang peribadi adalah faktor penting dalam membentuk pengetahuan,  kepercayaan dan kemahiran dalam semua kecerdasan




Penerangan Teori
1.     Setiap manusia mempunyai kesemua lapan kecerdasan
Dalam diri setiap individu, kelapan-lapan kecerdasan berfungsi bersama dalam cara yang unik. Ada yang mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi dalam hampir kesemua lapan kecerdasan dan sebaliknya bagi sesetengah orang. Kebanyakan daripada kita terletak di tengah-tengah dengan kekuatan dalam beberapa jenis kecerdasan, dan kurang terbentuk dalam satu atau dua jenis kecerdasan.

2.     Kecerdasan boleh dibangunkan.
Gardner menyatakan bahawa setiap individu mempunyai kebolehan membangunkan kesemua kecerdasannya dengan adanya galakan, pengayaan dan pengajaran yang sesuai.

3.      Kecerdasan berfungsi bersama dengan cara yang kompleks.
Tidak ada kecerdasan yang berfungsi secara bersendirian. Kecerdasan berinteraksi dan berkait dengan satu sama lain.

4.    Terdapat pelbagai cara untuk menjadi cerdas.
Tidak terdapat satu set kelebihan seseorang mesti perolehi untuk dianggap sebagai cerdas. Ada orang yang tidak pandai menari tetapi sungguh cekap dalam membina model. Kedua-dua kecerdasan ini memerlukan kecerdasan kinestetik.


PENGARUH POSITIF TEORI KECERDASAN PELBAGAI TERHADAP PENDIDIKAN
1.    Membantu pelajar memperolehi apa yang perlu untuk hidup di abad akan datang:
·      Kemahiran berfikir -
Teori Kecerdasan Pelbagai dipadukan dengan tahap berfikir Bloom
·      Kemahiran reflektif -
murid sepanjang hayat
·      Kemahiran komunikasi dan kolaboratif

2.    Membantu guru untuk memahami pengaruh terhadap kecerdasan murid:
·      Kecerdasan boleh dipupuk dan dipengaruhi oleh pengalaman, budaya dan faktor motivasi
·      Pelajar mengetahui bagaimana mengenal pasti minat mereka dan bagaimana mereka boleh belajar dengan lebih berkesan.



 



my pic

my pic